Pusat vaksin utama dilancar di UK 


Penubuhan pusat vaksin utama itu membolehkan saintis menyediakan vaksin yang dapat menangani wabak masa depan. – Gambar AFP, 8 Ogos, 2023.

KERAJAAN United Kingdom (UK) melancarkan kemudahan penyelidikan vaksin canggih, membolehkan saintis menyediakan vaksin yang dapat menangani wabak masa depan dan tidak menyebabkan gangguan kepada kehidupan seharian seperti Covid-19, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Pusat Pembangunan dan Penilaian Vaksin (VDEC) itu berpusat di kampus sains dan teknologi pertahanan Agensi Kesihatan dan Keselamatan UK (UKHSA) Porton Down, dekat bandar Salisbury di Wiltshire.

Virus hidup akan disimpan di kemudahan itu bagi membolehkan penyelidik mengkaji patogen yang belum mempunyai vaksin atau meningkatkan imunisasi seperti selesema, mpox atau hantavirus.

Selain  itu, saintis di pusat itu juga akan menguji suntikan Covid-19 baharu muncul pada varian baharu dengan menyasarkan penyakit seperti tuberkulosis.

Pusat itu juga sedang menjalankan ujian klinikal fasa satu mengenai potensi menghasilkan suntikan pertama dunia terhadap demam berdarah Crimean-Congo, virus bawaan kutu yang membawa maut dalam kira-kira 30 peratus kes.

Ketua eksekutif UKHSA Profesor Dame Jenny Harries berkata: “Apa yang kami cuba lakukan sekarang ialah memanfaatkan kerja yang sangat baik daripada Covid dan mengembangkannya sebahagian persediaan untuk berhadapan ancaman pandemik baharu.”

Kemudahan itu juga diharapkan dapat membantu UK menangani “penyakit X” dengan meningkatkan kesiapsiagaan untuk patogen yang belum dikenal pasti dengan potensi pandemik.

Para saintis akan melihat virus dan bakteria yang sudah diketahui boleh menimbulkan ancaman dan menilai keberkesanan vaksin sedia ada terhadapnya.

Dame Jenny berkata istilah “penyakit X” digunakan kerana saintis “tidak mengetahui patogen seterusnya yang akan menyebabkan wabak” sebagai tindak balas segera jika diperlukan kelak”.

Menurutnya saintis tidak mengetuai virus yang akan muncul tetapi boleh bersedia untuk beberapa keluarga virus dengan mengkaji perubahan epidemiologi virus yang berbeza, melihat perubahan iklim dan mula membuat anggaran dengan cepat bagi membangunkan ujian baharu yang akan digunakan jika virus baharu muncul.

Pelancaran kemudahan itu dibuat selepas UKHSA menerbitkan pelan strategi tiga tahunnya.

Pelan tindakan itu menggariskan cara organisasi bersedia untuk bertindak balas terhadap bahaya penyakit masa depan, termasuk meningkatkan keberhasilan kesihatan melalui vaksin.

VDEC akan memperkukuh sumbangan UK kepada Misi 100 Hari, matlamat global yang ditetapkan oleh G7 pada 2021, dengan matlamat menggunakan vaksin terhadap sebarang ancaman pandemik baharu dalam tempoh 100 hari selepas pengenalpastian. – Bernama, 8 Ogos, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen