Azrulnizam pengerusi baharu PR1MA


Azrulnizam Abdul Aziz dilantik sebagai pengerusi baharu PR1MA berkuat kuasa 16 Mac. – Gambar PR1MA, 24 Mac 2023.

PERBADANAN PR1MA Malaysia (PR1MA) mengumumkan pelantikan Azrulnizam Abdul Aziz sebagai pengerusi baharu berkuat kuasa 16 Mac 2023 bagi menggantikan Fathul Bari Mat Jahya.

PR1MA dalam kenyataan hari ini berkata Azrulnizam memiliki Sarjana Pentadbiran Perniagaan dalam Perniagaan Antarabangsa daripada Universiti Hartford, Connecticut, Amerika Syarikat (AS) dan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dalam Pemasaran, Universiti Wichita State, Kansas, AS.

Menurutnya, berbekalkan pengalaman lebih 25 tahun dalam industri perkhidmatan kewangan, Azrulnizam pernah menggalas jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) Al Rajhi Banking & Investment Corporation Malaysia Bhd dan CEO Standard Chartered Sa’adiq Bhd.

“Ketika ini, beliau berkhidmat sebagai pengarah bebas di MBSB Bank, AmMetlife Takaful dan Thriven Global Bhd.

“Atas kapasiti peribadi, beliau ialah pengarah CR FinaCapital Sdn Bhd dan Petrowangsa Sdn Bhd, serta Profesor Adjung di Fakulti Pengurusan Perniagaan, Universiti Teknologi Mara,” menurut kenyataan itu. – Bernama, 24 Mac 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen