Anwar umum 5 anggota badan penasihat khas 


Perdana Menteri Anwar Ibrahim melantik Penasihat Petronas Hassan Marican untuk mengetuai badan penasihat khas kepada menteri kewangan. Badan berkenaan turut disertai empat yang lain terdiri daripada golongan profesional serta pakar ekonomi.– Gambar Facebook, 7 Februari, 2023.

PERDANA Menteri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan pelantikan Penasihat Petronas Mohd Hassan Marican untuk mengetuai badan penasihat khas kepada menteri kewangan.

Anwar berkata kumpulan penasihat yang terdiri daripada golongan profesional serta pakar ekonomi bertanggungjawab bagi membantu menasihatinya selaku menteri kewangan.

Beliau berkata empat lagi anggota badan penasihat khas itu ialah Pengerusi Eksekutif FVSB Sdn Bhd Ahmad Fuad Md Ali, Profesor Ekonomi Universiti Sunway Prof Dr Yeah Kim Leng, Profesor Ekonomi Universiti Malaya Prof Ulung Dr Rajah Rasiah dan Pengerusi Sarawak Energy Berhad Amar Abdul Hamed Sepawi.

Anwar turut mengulangi pendiriannya anggota badan penasihat khas itu tidak akan menerima sebarang bayaran daripada kerajaan. – Bernama, 7 Februari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen