Najib beri amaran hutang RM1 trilion menanti jika Pakatan ambil alih


Perdana Menteri Najib Razak berkata manifesto pilihan raya pakatan pembangkang yang berjanji untuk menghapuskan barang dan perkhidmatan cukai dan tol akan menyebabkan negara menanggung tambahan hutang RM416 bilion di samping hutang sedia berjumlah M685 bilion. – Gambar fail The Malaysian Insight, 13 Mac, 2018.

NEGARA akan menanggung beban hutang sebanyak RM1.1 trilion jika Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan persekutuan, Perdana Menteri Najib Razak memberitahu pelajar universiti hari ini.

Beliau berkata manifesto pilihan raya pakatan pembangkang yang berjanji untuk menghapuskan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan tol akan menyebabkan negara menanggung tambahan hutang RM416 bilion di samping hutang sedia berjumlah RM685 bilion.

“Sekiranya semua itu diambil kira, hutang negara akan meningkat dan bertambah RM416 bilion, dengan hutang sedia ada, ia menjadi RM1 trilion. Pembangkang mahu mendakwa yang kita menaikkan hutang negara, tetapi manifesto mereka lebih drastik.

“Ini akan menjadi hutang yang kita warisi dan anda adalah orang yang akan membayarnya balik selepas ini,” kata Najib pada perhimpunan pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang disiarkan di Facebook.

Perdana menteri sedang dalam lawatan kerja satu hari ke utara untuk akan melancarkan Pusat Transformasi Bandar (UTC).

Najib mengulas kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Mohd Irwan Serigar Abdullah, yang menyatakan Malaysia akan kehilangan pendapatan RM416.6 bilion jika GST, pinjaman PTPTN, tol dan duti cukai dimansuhkan.

Pemimpin Barisan Nasional itu mengkritik manifesto pilihan raya PH sejak ia dilancarkan minggu lepas.

Najib, yang juga menteri kewangan, berkata pembangkang tidak akan dapat melaksanakan program pembangunan negara dengan hasil kerajaan yang berkurangan.

“Anda akan mewarisi hutang. Inilah sebabnya mengapa kita tidak boleh berbohong kepada rakyat. Kami (kerajaan) akan mengatakan jika kita boleh melakukannya, kita akan melakukannya. Tetapi jika kita tidak boleh, kita katakan tidak boleh,” katanya.

Tanpa menamakan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad yang kini mengetuai pembangkang, Najib menyalahkannya kerana mewujudkan banyak jalan bertol yang kini ingin dihapuskan oleh PH.

“Saya tidak menyokong tol, tetapi ada orang tua yang membinanya. Di bawah Bajet 2018, saya menghapuskan empat tol. Tetapi, kita tidak dapat melakukannya sekaligus. Kita tidak mampu,” kata Najib.

Manifesto PH menyatakan 10 janji yang blok pembangkang ingin capai dalam masa 100 hari pertama mengambil alih Putrajaya.

Di antara janji-janji tersebut, ia akan menghapuskan, mengurangkan tol dan menunda pembayaran balik pinjaman PTPTN sehingga para graduan memperoleh pendapatan bulanan sebanyak RM4,000. – 13 Mac, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Bagaimana GST yg sebenar nya cukai belum dikutip menjadi hutang negara. Ini ilmu hisab yang amat mengagumkan sekali!

    Dimuat naik 6 tahun yang lalu oleh Tanahair Ku · Ulasan

  • Rizab antarabangsa negara berada pada tahap yang kukuh selain mata wang ringgit yang semakin kuat berbanding dolar Amerika. dah banyak kenyataan laporan berkaitan pengukuhan ekonomi kita sebenarnya, tapi ada pihak yang tak senang duduk sentiasa mencari salah utnuk memburukkan kerajaan.

    Dimuat naik 6 tahun yang lalu oleh Amera amani · Ulasan

  • sapa yg buat hutang ni?najib ke madey?

    Dimuat naik 6 tahun yang lalu oleh Leslie Chan · Ulasan

  • Najib memikirkan jika pakatan.menghapuskan gst dan tol maka tiada yang dilakukan mengimbangi defiisit tersebut.
    Cetek sekali.pandangan pm.

    Dimuat naik 6 tahun yang lalu oleh Ujang Mohd · Ulasan

  • Maksud PM kalau tak bayar GST, rakyat hutang kerajaan. Hahaha…

    Dimuat naik 6 tahun yang lalu oleh Tanahair Ku · Ulasan