Pengguna LRT Kelana Jaya perlu jangkakan kelewatan


Menurut RapidKL tren gantian akan beroperasi tidak lama lagi dan jadual perjalanan akan diselaraskan.– Gambar fail The Malaysian Insight, 29 November, 2022.

PENUMPANG diminta menjangkakan kelewatan dalam kekerapan tren di beberapa stesen di laluan LRT Kelana Jaya selepas salah satu trennya mengalami masalah dan terpaksa dihentikan perkhidmatan.

Dalam catatan Facebook, RapidKL berkata kekerapan perkhidmatan kereta api di beberapa stesen antara Kerinchi dan Ampang Park akan ditangguh kepada kira-kira 15 minit.

“Tren gantian akan beroperasi sebentar lagi dan jadual perjalanan akan diselaraskan. Terima kasih atas kesabaran anda dan kami memohon maaf atas kesulitan,” katanya dalam satu kenyataan ringkas.

Awal bulan ini, 16 stesen di laluan itu dihentikan perkhidmatan selama kira-kira seminggu selepas berdepan masalah isyarat.

Selepas itu, Rapid KL memberikan pampasan selama tujuh hari kepada pengguna, berikutan penggantungan operasi. – 29 November, 2022.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen