PM guna kenderaan sedia ada di pejabat


Anwar Ibrahim memulakan tugas rasmi sebagai Perdana Menteri pada Jumaat. – Gambar Jabatan Penerangan, 27 November, 2022.

PERDANA Menteri Anwar Ibrahim membuat keputusan untuk menggunakan apa saja kenderaan sedia ada di pejabat bagi kegunaan harian dan menolak kenderaan jenis Mercedes S600.

Perdana menteri menerusi hantaran di Facebook berkata, langkah itu diambil kerana tidak mahukan sebarang perbelanjaan baharu dibuat ke atas beliau.

“Saya ingin memaklumkan semalam saya telah menolak untuk menggunakan sebuah kenderaan jenis Mercedes S600, yang telah dibeli dan diperoleh oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum saya memasuki pejabat,” katanya.

Anwar, 75,  yang mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Khamis, sebelum ini mengumumkan untuk mengurangkan pembaziran dalam pentadbirannya. – Bernama, 27 November, 2022.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen