Harga petrol, diesel kekal 


HARGA runcit RON95, RON97 dan diesel, masing-masing kekal bagi tempoh 10 hingga 16 November ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit RON97, RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM3.95, RM2.05 dan RM2.15 seliter.

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan paras harga siling RON95 pada RM2.05 seliter, dan diesel pada RM2.15 seliter, walaupun harga runcit RON95 dan diesel itu telah meningkat melangkaui had harga siling semasa,” menurut kenyataan itu.

Penetapan harga itu dibuat berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Kerajaan akan terus memantau trend perubahan harga minyak mentah global dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurutnya. – Bernama, 9 November, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen