Mesyuarat MT Umno bermula 


MESYUARAT Majlis Tertinggi (MT) Umno yang dipercayai bagi membincangkan berkenaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bermula kira-kira 9 malam ini di Menara Dato Onn.

Mesyuarat itu dipengerusikan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi selain dihadiri Timbalan Presiden Mohamad Hasan.

Turut hadir, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang juga naib presiden Umno bersama dua lagi naib presiden Mahdzir Khalid dan Mohamed Khaled Nordin.

Terdahulu, lima pemimpin tertinggi Umno itu mengadakan perjumpaan di sini sebelum menyertai mesyuarat khas itu.

Sejurus mesyuarat ‘top 5’ itu selesai, Mohamad menerusi hantaran di Facebooknya berkata pertemuan yang berlangsung sejak tengah hari tadi berjalan baik selain berjaya mencapai kesepakatan untuk kebaikan parti bergerak ke hadapan.

Antara ahli MT Umno yang hadir ialah Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said, Bung Mokhtar Radin (Ahli Parlimen Kinabatangan) dan Shamsul Anuar Nasarah (Ahli Parlimen Lenggong). – Bernama, 30 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen