Kanada hitung kerosakan selepas taufan Fiona 


Bot dan kapal layar turut musnah selepas ribut taufan Fiona membadai timur Kanada. – Gambar EPA, 26 September Ogos, 2022.

SEBAHAGIAN daripada timur Kanada mengalami kemusnahan yant teruk selepas dibadai taufan Fiona, kata seorang pegawai pada Ahad.

Bencana itu turut menghanyutkan rumah ke laut dan menyebabkan bekalan elektrik terputus, ketika Caribbean dan Florida bersiap sedia untuk berdepan ribut tropika Ian.

Pihak berkuasa Kanada mengesahkan dua kematian akibat Fiona yang melanda Nova Scotia dan Newfoundland awal Sabtu.

Fiona sebelum ini telah meragut tujuh nyawa ketika ia membadai Caribbean pada awal minggu lalu. 

Seorang pegawai di Pulau Prince Edward pada Ahad mengesahkan satu kematian namun tidak memberikan butiran lanjut.

Mayat seorang wanita berusia 73 tahun yang dipercayai telah dihanyutkan dari rumahnya di Newfoundland ditemui. Wanita terbabit dipercayai sedang berlindung di ruang bawah tanah kediamannya apabila ombak melanda.

Ribut itu membawa angin kencang berkelajuan 80 batu (130 kilometer) sejam apabila ia tiba dengan kuat yang jarang dilihat di timur Kanada, membawa hujan lebat dan ombak sehingga 40 kaki (12 meter).

“Kemusnahannya amat besar,” kata Perdana Menteri Nova Scotia Tim Houston kepada pemberita. “Magnitud ribut itu luar biasa.”

Ribut tersebut turut menghanyutkan sekurang-kurangnya 20 rumah ke laut di bandar Channel-Port aux Basques, di hujung barat daya Newfoundland.

Kira-kira 200 penduduk telah dipindahkan sebelum ribut melanda. – AFP, 26 September Ogos, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen