2 maut dalam serangan peluru berpandu di Kherson, Ukraine


Serangan peluru berpandu ke atas sebuah hotel di Kherson hari ini dipercayai didalangi tentera Ukriane. Ia berlaku ketika pihak berkuasa pro-Moscow sedang mengadakan pungutan suara di empat wilayah Ukraine termasuk Kherson untuk menyertai Russia. – Gambar EPA, 25 September, 2022.

PIHAK berkuasa pro-Russia yang menduduki bandar Kherson di selatan Ukraine menuduh tentera Kiev membunuh dua orang termasuk seorang bekas ahli Parlimen dalam serangan peluru berpandu ke atas sebuah hotel, hari ini.

Menurut pentadbir wilayah yang dikawal Russia dalam satu kenyataan, “hari ini, kira-kira jam 5.30 pagi (waktu tempatan), angkatan tentera Ukraine melepaskan peluru berpandu ke atas Play Hotel by Ribas” di Kherson.

“Menurut maklumat awal, dua orang maut dalam serangan itu. Pasukan penyelamat sedang berusaha mencari mangsa di bawah runtuhan.”

Kirill Stremousov berkata, bekas ahli Parlimen Ukraine pro-Russia, Oleksiy Jouravko adalah antara yang terbunuh.

Menurut pihak berkuasa, wartawan daripada media Russia berada di hotel ketika peluru berpandu itu dilepaskan.

Saluran televisyen negeri RT menerbitkan imej yang kononnya menunjukkan seorang jurukameranya dikeluarkan dari timbunan runtuhan.

Rakaman itu bagaimanapun belum dapat disahkan.

Mereka datang ketika pihak berkuasa pro-Moscow sedang mengadakan pungutan suara di empat wilayah Ukraine termasuk Kherson untuk menyertai Russia.

Kiev dan sekutu Baratnya mengutuk undi, yang akan diteruskan sehingga Selasa, sebagai tidak sah.

Kherson jatuh ke tangan tentera Russia sejurus selepas konflik bermula pada Februari.

Bandar ini terletak di kawasan di mana tentera Ukraine melancarkan serangan balas berskala besar. – AFP, 25 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen