Nazir Razak pertahan Robert Kuok


Nazir Razak bersama hartawan Robert Kuok. Nazir menyifatkan Kuok sebagai ikon perniagaan Malaysia dan lelaki budiman kelas pertama. – Gambar Instagram, 28 Februari, 2018.

PENGERUSI Kumpulan CIMB Nazir Razak mempertahankan hartawan Robert Kuak dengan menyifatkan beliau sebagai patriot, ikon perniagaan Malaysia dan lelaki budiman kelas pertama.

Nazir dalam posting di Instagramnya hari ini menyiarkan gambarnya bersama Kuok dan berkata beliau bernasib baik dapat meluangkan masa dengan hartawan berusia 94 tahun itu.

Pemimpin Umno seperti Tajuddin Abdul Rahman dan Nazri Aziz menuduh Kuok tidak setia kepada Malaysia dan mahu menggulingkan pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak.

Susulan itu, Dr Mahathir juga mengatakan tuduhan para pemimpin Umno menghina kerana Kuok adalah “patriot sejati”.

Setiausaha Agung MCA, Ong Ka Chuan juga mempertahankan Kuok sebagai berkata kenyataan pemimpin Umno “amat dikesali”, dan jurucakap publisiti parti Ti Lian Ker berkata Kuok mempunyai hak menyokong mana-mana parti yang diingini dan ada undang-undang untuk menangani usaha menjejaskan kerajaan. – 28 Februari, 2018.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen