10 mati ditembak di pusat snuker di Mexico


PENYERANG bersenjata menyerbu sebuah pusat snuker di tengah Mexico, menyebabkan 10 maut, dipercayai ada kaitan dengan kartel dadah, kata pihak berkuasa.

Pembunuhan beramai-ramai itu berlaku pada malam Rabu di Tarimoro, Guanajuato, wilayah perindustrian, kata pejabat pendakwa raya.

Mayat sembilan lelaki ditemui di tempat kejadian dan seorang lagi mangsa meninggal dunia di hospital, katanya.

Gabenor Guanajuato Diego Sinhue Rodriguez mengutuk insiden itu dan berkata ia serangan dilakukan pengecut.

Guanajuato dilantik sebagai gabenor di negeri paling ganas di Mexico itu susulan perbalahan antara kartel Santa Rosa de Lima dan Jalisco New Generation, yang berebut untuk mengawal sindiket pengedaran dadah dan petrol curi.

Sejak Disember 2006, apabila kerajaan menalcarkan operasi anti dadah ala ketenteraan, Mexico merekodkan lebih 340,000 pembunuhan.

Pihak berkuasa berkata pembunuhan itu membabitkan jenayah terancang dilakukan kartel dadah. – AFP, 23 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen