KETUA Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU) pada Khamis mengumumkan blok itu akan mengenakan sekatan baharu terhadap Moscow dan meningkatkan sokongan ketenteraannya kepada Ukraine sebagai tindak balas kepada langkah kerahan tentera oleh Rusia.
“Kami akan menerus dan meningkatkan sokongan ketenteraan kami, menyediakan senjata kepada Ukraine dan akan mengkaji cara untuk melaksanakan langkah sekatan baharu terhadap Rusia,” lapor Agensi Anadolu memetik Josep Borrell yang memberitahu pemberita selepas mesyuarat khas diplomat tertinggi EU di luar Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York.
Komen