Pengundi muda terdedah kepada maklumat palsu, kata badan pemikir


Suruhanjaya Pilihan Raya merekodkan kira-kira 1.2 juta pemilih berumur 18 hingga 20 tahun melalui pewartaan daftar pemilih tambahan pada Mei lalu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 9 September, 2022.

PENGUNDI muda terdedah kepada maklumat palsu yang akan dipergiat menjelang pilihan raya umum akan datang, menurut badan pemikir Asia Centre.

Dalam laporan yang diterbitkan semalam, Asia Centre berkata golongan belia menjadi sasaran utama parti politik berikutan pindaan perlembagaan yang menurunkan had umur mengundi daripada 21 tahun ke 18 tahun.
 
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merekodkan kira-kira 1.2 juta pemilih berumur 18 hingga 20 tahun melalui pewartaan daftar pemilih tambahan pada Mei lalu.

Dalam laporan bertajuk “In Youth and Disinformation in Malaysia: Strengthening Electoral Integrity” yang diterbitkan semalam, Asia Centre berkata lebih 500,000 belia berumur 15 hingga 19 tahun di Selangor, diikuti Sabah (353,208) dan Johor (345,719).

Menurut badan pemikir itu maklumat palsu sengaja dicipta untuk memudaratkan seseorang, kumpulan sosial, organisasi atau negara.

Pengarah serantau Asia Centre James Gomez berkata rakyat perlu berhati-hati dengan maklumat berkaitan orientasi seksual dan pergaulan calon, rasuah, integriti pilihan raya, serangan terhadap ahli politik wanita dan campur tangan asing.

“Semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kita boleh menjangkakan jenis maklumat yang sama ini akan digunakan dan mengesyorkan semua rakyat Malaysia supaya berhati-hati dengan maklumat berkaitan topik khusus ini,” katanya.

Beliau dalam pada itu menggesa SPR menubuhkan mekanisme semakan fakta pilihan raya bagi membongkar berita palsu, yang akan menjadi satu-satunya seumber untuk rakyat mengesahkan maklumat dalam talian. – 9 September, 2022.     

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen