Hannah persoal pemberian taraf warganegara kepada pemain bola sepak asing


Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh mempersoalkan pemberian taraf waragnegara kepada pemain bola sepak asing.– Gambar fail The Malaysian Insight, 1 September, 2022.

AHLI  Parlimen pembangkang Hannah Yeoh mempersoalkan sama ada kanak-kanak tanpa kerakyatan di Malaysia perlu menjadi pemain bola sepak profesional sebelum mereka diberi kerakyatan.

Ahli Parlimen Segambut itu memberi reaksi terhadap laporan berita bahawa pemain tengah Sri Pahang FC, Lee Tuck kini dinaturalisasi sebagai warganegara Malaysia.

“Perlukah kita menyuruh anak-anak kita yang tidak bernegara bermain bola sepak sebelum pihak berkuasa mengambil berat tentang nasib mereka?” soal Yeoh menerusi catatan Facebook.

“Inilah sebabnya saya lebih awal menganjurkan kementerian untuk kanak-kanak kerana kita mampu membeli berbilion-bilion untuk kepentingan lelaki tetapi sedikit untuk perlindungan kanak-kanak.”

Tuck menyertai kelab berkenaan sama seperti Sergio Aguero dari Argentina yang turut memperoleh kewarganegaraan Malaysia melalui naturalisasi.

Pemain bola sepak Guilherme de Paula dari Brazil dan Liridon Krasniqi kelahiran Yugoslavia yang bermain untuk JDT turut diberikan kerakyatan.

Tahun lepas, Yeoh mencadangkan Putrajaya menubuhkan kementerian kanak-kanak untuk menjaga keperluan kanak-kanak di negara ini.

Pada Mac lalu, Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto membangkitkan isu kewarganegaraan untuk pemain bola sepak warga asing di Dewan Rakyat.

Menurut UNHCR, terdapat sekurang-kurangnya 10,000 orang di Malaysia Barat sahaja yang dinafikan kewarganegaraannya, dengan jumlah yang tidak diketahui di Malaysia Timur. – 1 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen