15 penunjuk perasaan mati ditembak di Zon Hijau Baghdad, menurut sumber


Seorang penyokong ulama Syiah Iraq, Moqtada Sadr membawa kelongsong peluru yang telah digunakan di Baghdad ketika ratusan penyokong yang marah terhadap ulama itu menyerbu Istana Republikan di Zon Hijau sebaik sahaja Sadr umum berhenti dari politik. – AFP, 30 Ogos, 2022.

LIMA belas penyokong ulama Syiah Iraq, Moqtada Sadr ditembak mati di Zon Hijau Baghdad pada Isnin dalam keganasan berikutan pengumumannya menarik diri daripada politik, kata sumber perubatan kepada AFP.

Kira-kira 350 penunjuk perasaan cedera, beberapa lagi terkena tembakan dan yang lain terhidu gas pemedih mata, dalam keadaan huru-hara yang menyelubungi kawasan yang sangat selamat di tengah-tengah ibu kota Iraq yang menempatkan institusi kerajaan dan kedutaan itu. – AFP, 30 Ogos, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen