KEBAKARAN hutan di timur Sepanyol kembali marak dan memusnahkan sebahagian besar kawasan walaupun hujan lebat, manakala satu lagi kebakaran tercetus pada Jumaat di dalam taman semla jadi berdekatan, kata pegawai.
Setakat tahun ini, Sepanyol mengalami hampir 400 kebakaran hutan berikutan gelombang panas dan musim kemarau yang panjang memusnahkan lebih 283,000 hektar tanah, lebih tiga kali ganda jumlah kawasan yang musnah pada 2021.
Sepanjang minggu lalu, ratusan anggota bomba dikerah untuk memadam dua kebakaran hutan besar yang marak di luar kawalan di wilayah Valencia.
Bagaimanapun hujan lebat memberikan sedikit masa kepada bomba, hampir memadamkan api sepenuhnya.
Walaupun kebakaran Vall d’Ebo berhampiran Benidorm berakhir, kebakaran yang berlaku kira-kira 70 kilometer (45 batu) barat laut bandar Valencia, marak semula dan merebak ke taman semula jadi Sierra Calderona.
Ia telah memusnahkan 19,000 hektar (50,000 ekar) tanah.
“Api marak perlahan-lahan pada waktu malam kecuali di kawasan tenggara yang mana ia merebak dengan lebih agresif,” kata perkhidmatan kecemasan menerusi Twitter.
“Terdapat api di sepanjang perimeter,” tambahnya.
Sebanyak 35 pasukan udara bomba cuba mengawal kebakaran berkenaan. – AFP, 19 Ogos, 2022.
Komen