Janji Zahid selesai isu kerakyatan hanya sekadar cakap, kata ahli Parlimen Kulai


IKRAR Pengerusi Barisan Nasional (BN), Ahmad Zahid Hamidi untuk menyenaraikan kerakyatan automatik kepada anak dilahirkan wanita Malaysia di luar negara dalam manifesto gabungan itu amat melucukan dan tidak sensitif, kata Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching.

“Jika Zahid menghormati nasib ibu-ibu Malaysia, beliau boleh campur tangan secara terang-terangan apabila kerajaan menentang keputusan Mahkamah Tinggi yang memihak kepada ibu-ibu itu,” kata bekas menteri pendidikan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Pada konvensyen Wanita BN di Kuala Lumpur minggu lepas, Zahid, yang merupakan presiden Umno berkata apabila BN menang pilihan raya umum, ia akan menyelesaikan isu ibu Malaysia yang tidak dapat memberikan kerakyatan kepada anak mereka yang dilahirkan di luar negara, sambil menambah beliau akan “berbisik” ke telinga perdana menteri.

“Jika Zahid dan Umno serius dengan perubahan, (maka) Zahid tidak perlu ‘berbisik’ kepada perdana menteri, yang merupakan naib presidennya dalam Umno, seolah-olah ia adalah rahsia.


“Zahid bercakap seolah-olah beliau dan Umno pembangkang, dan tidak mempunyai kawalan dan pengaruh ke atas kerajaan, dengan Umno bukan sahaja memegang jawatan perdana menteri tetapi juga 11 menteri,” kata Teo hari ini. – 17 Ogos, 2022.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen