Pekebun ragu-ragu ambil bekas banduan bekerja di ladang


Khoo Gek San

Pekebun sayur pada masa ini memerlukan hingga 30,000 pekerja, dengan hasil tanaman merosot antara 20% hingga 30% berbanding ketika pra pandemik. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 Ogos, 2022.

WALAUPUN bergelut dengan masalah kekurangan bekalan buruh, sektor pertanian masih teragak-agak dengan cadangan untuk mengambil bekas banduan sebagai pekerja.

Petani ladang buah yang memWALAUPUN bergelut dengan masalah kekurangan bekalan buruh, sektor pertanian masih teragak-agak dengan cadangan untuk mengambil bekas banduan sebagai pekerja.

Petani dusun buah yang memerlukan 20,000 pekerja menerima baik cadangan itu tetapi pekebun sayur yang memerlukan hingga 30,000 pekerja masih ragu-ragu kerana pekerja mereka sebelum ini terutama warga asing, akhirnya memilih bertukar ke sektor lain.

Presiden Persekutuan Persatuan Pekebun Sayur Malaysia Lim Ser Kwee yang membantah cadangan itu berkata kepada The Malaysian Insight, cadangan itu tidak boleh dilaksanakan pada masa ini.

Lim berkata mereka boleh beri peluang kepada cadangan itu tetapi ia dijangka tidak akan dapat menyelesaikan masalah itu.

“Tidak ramai petani yang teruja untuk mengambil bekas banduan sebagai pekerja,” katanya, ketika petani melaporkan hasil tanaman mereka merosot antara 20% hingga 30% berbanding ketika pra pandemik.

“Mereka masih berharap pekerja asing akan kembali bekerja.”

Beliau berkata jika keadaan bertambah buruk, mereka akan mengambil pelarian sebagai pekerja.

Lim berkata kemerosotan dalam pengeluaran sepatutnya menjadi tanda amaran kepada kerajaan berkenaan krisis makanan.

“Kerajaan tidak mengambil tindakan untuk mengelak kemungkinan berlakunya krisis.”

Lim berkata jika petani tidak dapat menyelesaikan masalah itu, mereka boleh berhenti bertani dan beralih kepada aktiviti ekonomi yang lain.

Berkenaan cadangan mengambil bekas banduan mengisi kekosongan itu, pekebun buah mencadangkan kerajaan menggalakkan banduan yang akan bebas tidak lama lagi dengan rekod kelakuan yang baik untuk bekerja di dusun.

Langkah itu boleh mengatasi masalah petani buat sementara waktu, kata Presiden Persekutuan Persatuan Pekebun Buah Malaysia Lawrence Ting.

“Pekerjaan dan potensi mendapat pendapatan yang sah menanti mereka. Tetapi cadangan itu perlukan kelulusan kerajaan.

“Harapan kami ialah mendapatkan pekerja tempatan. Kos mengambil pekerja warga asing terlalu tinggi dan pekebun kecil tidak mampu,” kata Ting. – 12 Ogos, 2022.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen