INDUSTRI pelancongan di Melaka kembali pulih dan menunjukkan perkembangan positif sehingga mampu menarik pelabur dan menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, kata Ketua Menteri Sulaiman Md Ali.
Beliau berkata justeru, usaha intensif diperlukan dalam mempromosi aktiviti pelancongan negeri sebagai destinasi utama pelancong tempatan dan antarabangsa sejajar dengan hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan Melaka sebagai negeri pelancongan yang mampu menggamit dunia seperti terkandung di dalam Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2035 (PSMJ2035).
Komen