Ukraine dakwa EU sengaja lewatkan bantuan kewangan AS$8 bilion


Volodymyr Zelenskyy menggesa bantuan kewangan untuk Ukraine dipercepatkan. – Gambar EPA, 5 Ogos, 2022.

VOLODYMYR Zelenskyy berkata Kesatuan Eropah (EU) sengaja melewatkan peruntukan sokongan kewangan makro untuk Ukraine bernilai lapan bilion euro (kira-kira AS$8.2 bilion), lapor Sputnik.

“Lapan bilion euro untuk Ukraine masih dibekukan. Kelewatan  sokongan kewangan makro untuk negara kita ini sama ada jenayah atau kesilapan. Dan sukar untuk mengatakan mana yang lebih teruk,” kata Zelenskyy dalam video yang disiarkan di Telegramnya.

Zelenskyy berkata beliau sentiasa membangkitkan hal itu setiap hari.

“Kami berharap ini adalah satu kesilapan dan ia akan diperbetulkan,” katanya. 

Timbalan Ketua Pejabat Presiden Ukraine Ihor Zhovkva pada Selasa berkata Jerman bertanggungjawab atas kelewatan sokongan kewangan itu. Bagaimanpun, Berlin menafikan tuduhan itu. – Bernama, 5 Ogos, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen