Jepun lulus vaksin cegah cacar monyet


Jepun memberi vaksin cacar kepada 50 pekerja perubatan untuk tujuan penyelidikan. – Gambar EPA, 30 Julai, 2022.

PANEL pakar Kementerian Kesihatan Jepun pada Jumaat meluluskan penggunaan vaksin cacar keluaran KM Biologic Co yang berpangkalan di Kumamoto untuk mencegah penyakit cacar monyet.

Vaksin cacar didapati mempunyai kadar keberkesanan kira-kira 85% untuk mencegah cacar monyet, lapor Jiji Press.

KM Biologics adalah unit di bawah syarikat makanan dan farmaseutikal Jepun, Meiji Holdings Co.

Kementerian itu memberi vaksin berkenaan kepada 50 pekerja perubatan di pusat kesihatan dan kebangsaan dan perubatan global untuk tujuan penyelidikan.

Setakat Rabu, lebih 18,000 orang di 78 negara dijangkiti virus itu, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). – Bernama, 30 Julai, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen