Kanada hantar 2 kapal tingkat siap siaga Nato di Baltik 


Kementerian Pertahanan Kanada memaklumkan misi itu melibatkan kapal HMCS Kingston dan Summerside.– Gambar EPA, 27 Jun, 2022.

DUA kapal milik Kanada memulakan pelayaran ke Laut Baltik dan wilayah Atlantik Utara untuk menyertai misi Operation Reassurance selama empat bulan yang bertujuan meningkatkan kesiapsiagaan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), lapor Xinhua.

Kementerian Pertahanan Kanada dalam satu kenyataan pada Ahad memaklumkan misi itu melibatkan kapal HMCS Kingston dan Summerside. Tentera Kanada ditempatkan di perairan Eropah secara bergilir-gilir sejak 2014.

Antara Julai dan Oktober 2022, HMCS Kingston dan Summerside akan menyertai misi Standing NATO Mine Countermeasures Group One, menurut kenyataan itu.

HMCS Halifax dan Montreal akan kembali semula ke Kanada pada Julai. – Bernama, 27 Jun, 2022.


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen