AS umum sekatan baharu G7, sasar sektor pertahanan Rusia 


Langkah itu merupakan usaha untuk menggoyahkan keupayaan Kremlin mengekalkan jentera tentera semasa pencerobohannya ke atas Ukraine.– Gambar EPA, 27 Jun, 2022.

AMERIKA Syarikat pada Isnin mengumumkan sekatan G7 baharu yang menyasarkan industri pertahanan Rusia.

Ia merupakan usaha untuk menggoyahkan keupayaan Kremlin mengekalkan jentera tentera semasa pencerobohannya ke atas Ukraine.

“Pemimpin G7 akan menyelaraskan dan memperluaskan sekatan yang disasarkan untuk menyekat lagi akses Rusia kepada teknologi Barat yang boleh menyokong industri senjata Rusia,” kata Rumah Putih.

Dan AS juga akan “secara agresif menyasarkan rantaian bekalan pertahanan Rusia… dan mengehadkan keupayaan Rusia untuk menggantikan peralatan ketenteraan yang telah hilang semasa perang ganasnya”. – AFP, 27 Jun, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen