Polis siasat kematian 21 remaja di pub


Polis melakukan siasatan di pub Enyobeni Tavern di Afrika Selatan di mana 21 remaja bawah umur maut di situ malam Sabtu lalu. – Gambar EPA, 27 Jun, 2022.

SEKURANG-KURANGNYA 21 remaja maut pada hujung minggu lalu selepas berhibur di sebuah kawasan pub di Afrika Selatan, kata pihak berkuasa.

Walaupun punca kematian masih tidak jelas, pihak berkuasa dan ahli politik berkata mereka bimbang ia mungkin kes membabitkan remaja bawah umur minum arak.

Pihak berkuasa tempatan Eastern Cape berkata lapan remaja perempuan dan 13 remaja lelaki maut di pub itu, yang terletak di kawasan perumahan Scenery Park. Seramai 17 daripadanya meninggal dunia di tempat kejadian, sementara bakinya di hospital.

Botol alkohol kosong, rambut palsu dank ain selempang tertulis “Happy Birthday” kelihatan bersepahan di luar jalan raya di pub Enyobeni Tavern, kata jurucakap pihak berkuasa Unathi Binqose.

Kebanyakan mangsa dipercayai pelajar yang berhibur sempena tamat peperiksaan sekolah menengah pada Sabtu lalu. – AFP, 27 Jun, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen