PELAKON Hollywood Kevin Spacey, yang didakwa atas empat tuduhan serangan seksual, dijadual hadir di mahkamah London hari ini.
Spacey, 62, dijangka tiba di Mahkamah Majistret Westminster pada 9 pagi waktu tempatan.
Polis London memfailkan pertuduhan terhadap pemenang Oscar dua kali menerusi filem dalam “The Usual Suspects” dan “American Beauty” itu pada Isnin lalu.
Pendakwa raya dan polis berkata dua serangan pertama dilakukan Spacey didakwa berlaku pada Mac 2005 di London, melibatkan seorang lelaki yang kini berumur 40-an.
Serangan ketiga pula didakwa berlaku juga di London, pada Ogos 2008, ke atas seorang lelaki yang kini berusia 30-an.
Pertuduhan keempat didakwa belaku di Gloucestershire di barat England pada April 2013, terhadap lelaki ketiga yang kini berusia 30-an.
Spacey adalah pengarah artistik teater The Old Vic di London antara 2004 dan 2015. β AFP, 16 Jun, 2022.
Komen