Harga gas memasak di Sarawak masih boleh dikurangkan, kata Abang Johari 


Desmond Davidson

Premier Sarawak Abang Johari Openg memberitahu sidang DUN walaupun LPG isi rumah sudah disubsidi sehingga 50% oleh kerajaan persekutuan, negeri itu telah mencapai bahagian yang lebih besar daripada hasil minyak dan gas yang dikeluarkan di Sarawak melalui cukai jualan negeri.– Gambar fail The Malaysian Insight, 26 Mei, 2022.

KERAJAAN Sarawak berkata harga gas petroleum cecair (LPG) isi rumah atau gas memasak masih boleh dikurangkan jika pengeluar silinder boleh menurunkan kos pengeluaran.

Premier Sarawak Abang Johari Openg memberitahu sidang DUN walaupun LPG isi rumah sudah disubsidi sehingga 50% oleh kerajaan persekutuan, negeri itu telah mencapai bahagian yang lebih besar daripada hasil minyak dan gas yang dikeluarkan di Sarawak melalui cukai jualan negeri (SST).

Sarawak mungkin mempunyai kawalan ke atas pengagihan gas, termasuk LPG, di bawah Ordinan Pengagihan Gas tetapi LPG adalah barang terkawal dan harga LPG ditetapkan untuk seluruh Malaysia di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Harga terkawal semasa untuk silinder berisi LPG 14kg ialah RM26.60.

“Kerajaan GPS akan terus melindungi kepentingan pengguna gas melalui Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi bagi memastikan keselamatan bekalan dan harga yang saksama di seluruh Sarawak,” kata Abang Johari.

Bagi mengurangkan kenaikan kos sara hidup, terutamanya harga makanan, beliau berkata “akan memperkenalkan diskaun ke atas tarif elektrik” kepada pengeluar dan peruncit makanan, termasuk kedai kopi, restoran, dan industri makanan dan minuman lain untuk mengurangkan kos mereka yang menjalankan perniagaan.

“Oleh itu, saya menjangkakan ia akan mengurangkan harga makanan. Kerajaan negeri akan campur tangan mengikut kuasa dan kemampuannya untuk mengurangkan kesan kenaikan kos sara hidup rakyat.

“Kerajaan Sarawak mengambil perhatian tentang kenaikan harga makanan dan selepas itu menjejaskan kos sara hidup. Semua ini disebabkan oleh ketegangan geopolitik semasa yang membawa kepada inflasi import dan prestasi ringgit berbanding AS$ (dolar AS) yang merosot 0.7% pada suku pertama 2022,” katanya.

Abang Johari berkata mata wang Malaysia yang semakin lemah akan meningkatkan harga import, membebankan kedua-dua pengguna dan pengimport.

“Memandangkan Malaysia adalah pengimport bersih makanan, inflasi yang diimport telah menyebabkan harga makanan dalam negara lebih tinggi. Oleh itu, kebanyakannya adalah di luar kawalan kerajaan Sarawak.” – 26 Mei, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen