Beberapa lokasi lebuh raya arah timur sesak


Kenderaan bergerak perlahan sebelum masuk Plaza Tol Gombak dan kesesakan turut berlaku sejauh 2km selepas Hentian Sebelah Gombak ke Genting Sempah. – Gambar fail The Malaysian Insight, 3 Mei, 2022.

ALIRAN trafik mulai meningkat di laluan sebelum masuk Plaza Tol Gombak arah timur bermula 9 pagi tadi berikutan pertambahan kenderaan keluar dari ibu kota susulan pergerakan orang ramai pulang ke kampung hari kedua sambutan Aidilfitri. 

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi berkata kenderaan bergerak perlahan sebelum masuk Plaza Tol Gombak dan kesesakan turut berlaku sejauh 2km selepas Hentian Sebelah Gombak ke Genting Sempah. 

“Bagaimanapan pergerakan trafik di lain-lain lokasi masih lancar dan orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati ketika memandu,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/LLMinfotrafik. – Bernama, 3 Mei, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen