Malaysia sambut Aidilfitri esok


Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 2 Mei, kata Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Syed Danial Syed Ahmad. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 1 Mei, 2022.

UMAT Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri esok (2 Mei), demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Syed Danial Syed Ahmad malam ini.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Isnin, 2 Mei 2022,” katanya.

Pengumuman tarikh Aidilfitri itu disiarkan menerusi siaran televisyen tempatan.

Setelah dua tahun umat Islam di negara ini menyambut Syawal dalam keadaan Malaysia masih berdepan dengan pandemik Covid-19, kali ini ia akan disambut dalam Fasa Peralihan ke Endemik yang bermula 1 April lepas. – Bernama, 1 Mei, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen