KKM lapor 78 kematian baharu Covid-19, semua kes tertunggak


Aminah Farid

Jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 di Malaysia kini mencecah 28,312 orang. – Gambar fail The Malaysian Insight, 23 Oktober, 2021.

MALAYSIA melaporkan 78 kematian Covid-19 malam tadi, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).

Data daripada Git.hub kementerian menunjukkan kematian adalah kes tertunggak, bermakna tiada kematian berlaku semalam.

Daripada jumlah itu, 17 diklasifikasikan sebagai kes kematian di luar hospital.

Angka kematian harian ialah jumlah jumlah kematian yang dilaporkan pada hari tertentu serta kes baharu disahkan oleh pihak berkuasa kesihatan selepas selesai siasatan Covid-19.

Oleh itu, jumlah keseluruhan kematian Covid-19 di Malaysia adalah 28,312 orang.

Sarawak terus mencatatkan kematian terbanyak selama empat hari berturut-turut dengan 12 kematian, diikuti oleh Selangor (11) dan Pulau Pinang (10).
Negeri dan wilayah lain yang mencatatkan kematian berkaitan virus ialah Kedah (6), Kelantan (2), Negeri Sembilan (3), Perak (11), Perlis dan Terengganu (1), Johor (9), dan Sabah (7).

Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Melaka dan Pahang tidak melaporkan kematian.

Kes aktif Malaysia terus menurun kepada 80,697.

Daripada jumlah ini, 643 pesakit dirawat di unit rawatan rapi, 320 daripadanya menggunakan bantuan ventilator.

Sementara itu, 62,387 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 11,306 di pusat kuarantin berisiko rendah; dan 6,361 dimasukkan ke hospital.

Jumlah pesakit yang pulih kini sebanyak 2.31 juta dan 7,630 daripadanya dilaporkan semalam. – 23 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen