Selangor sudah awal tekankan FTTIS


WALAUPUN agak terlewat, langkah diambil Kementerian Kesihatan untuk melaksanakan Sistem FTTIS (Find - Kenalpasti, Test - Uji, Trace - kesan, Isolate - Kuarantin dan Support - Sokong) bagi mengawal penularan wabak Covid-19 sebagaimana diumum Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin semalam disambut baik masyarakat awam khasnya rakyat negeri Selangor.

Ini kerana Kerajaan Negeri Selangor lebih awal menyahut tuntutan World Health Organization, WHO melaksanakan Sistem FTTIS melalui applikasi Selangkah dan terbukti banyak membantu kerajaan mengawal penularan wabak Covid-19, khususnya di negeri ini. 

Sementara itu Pasukan Petugas Covid-19 Selangor (STFC19) yang terdiri dari pakar-pakar perubatan berkaitan telah lama mendesak, memberi nasihat dan advokasi agar Kementerian Kesihatan memberi keutamaan pelaksanaan FTTIS dengan kadar segara.

Data dan maklumat diperolehi FTTIS sangat berguna untuk mengenalpasti dan mengawal penularan wabak secara bersasar dan berkesan. 

Ia juga membolehkan kerajaan Negeri Selangor melaksanakan program pemberian vaksin secara menyeluruh melalui Program Vaksinasi Selangor (Selvax) kepada rakyat negeri ini yang mempunyai penduduk teramai seterusnya membantu kerajaan persekutuan mencapai sasaran imuniti kelompok dengan kadar segera.

Pakatan Harapan Selangor berharap agar Sistem FTTIS yang akan dilaksana oleh Kementerian Kesihatan bukan sahaja akan dapat mempastikan kadar kes baharu Covid-19 terus menurun, malah dapat mempastikan bibit-bibit kes dan kluster baharu dikesan lebih awal agar sokongan wajar dapat diberikan, seterusnya memberi perlindungan maksima penularan wabak secara meluas.

Secara psikologi pula, pelaksanaan Sistem FTTIS juga akan mengurangkan tekanan mental dan kebimbangan orang ramai. 

Seterusnya ia boleh memberi keyakinan kepada orang ramai yang telah mula keluar bekerja dan berniaga, merentas negeri untuk berziarah dan melancung, serta mengunjungi tempat tumpuan awam setelah Perintah Kawalan Pergerakan PKP dilonggarkan baru-baru ini. – 11 Oktober, 2021.

* Azli Yusof merupakan Pengarah Penerangan Pakatan Harapan Selangor dan Timbalan Pengerusi Amanah Selangor.

* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen