Ismail kekal majoriti menteri kabinet Muhyiddin


Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengekalkan majoriti menteri kabinet Muhyiddin Yassin dalam senarai anggota jemaah menterinya.– Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 27 Ogos, 2021.

ISMAIL Sabri Yaakob mengekalkan majoriti menteri kabinet Muhyiddin Yassin dalam senarai anggota jemaah menterinya dan beberapa menteri dan timbalan menteri ke portfolio lain.

Perdana menteri kesembilan itu juga mengekalkan format asal kabinet Muhyiddin dengan empat menteri kanan, masing-masing bagi perdagangan antarabangsa dan industri, pendidikan, kerja raya dan pertahanan.

Jumlah anggota kabinet itu juga kekal dengan 32 orang menteri dan 38 timbalan, sama dengan jumlah jemaah menteri dalam pentadbiran Muhyiddin.

Beberapa menteri yang digugurkan kali ini termasuk Mohd Redzuan Md Yusof dari Bersatu, senator Zulkifli Mohamad, Khairuddin Aman Razali dari PAS dan Shamsul Anuar Nasarah dari Umno. 


Bermula July 2018, akses bagi laporan penuh hanya untuk anda yang melanggan. Daftar sekarang dan nikmati satu (1) minggu akses percuma!

Langgan sekarang!


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen