Ismail Sabri menghadap sultan, jumpa MB Johor 


Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru hari ini.– Gambar Facebook, 13 Ogos, 2021.  

TIMBALAN Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob hari ini menghadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebelum mengunjungi Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad. 

Tepat pukul 2.15 petang, kereta rasmi yang membawa Ismail Sabri kelihatan memasuki perkarangan kediaman rasmi menteri besar di Saujana, diikuti beberapa kenderaan lain termasuk kenderaan rasmi exco kerajaan negeri. 

Beliau yang juga menteri pertahanan dilihat beredar kira-kira sejam setengah kemudian.

Terdahulu, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Ismail Sabri di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru.

Ismail Sabri tiba di Istana Pasir Pelangi kira-kira pukul 10.45 pagi dan pertemuan itu berlangsung selama lebih sejam, menurut satu hantaran di Facebook rasmi baginda. – Bernama, 13 Ogos, 2021.  
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen