Sultan Johor terima mengadap perdana menteri 


Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di Istana Pasir Pelangi di Johor Bahru hari ini.– Gambar Facebook, 12 Ogos, 2021.

SULTAN Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di Istana Pasir Pelangi di Johor Bahru hari ini. 

Sultan Ibrahim menerusi laman Facebook rasmi baginda bertitah pertemuan Muhyiddin bersama baginda bertujuan untuk santapan tengah hari dan mempersembahkan perkembangan situasi negara pada masa ini. 

“Saya menjemput beliau (Muhyiddin) untuk santapan tengah hari dan beliau turut mempersembahkan kepada saya mengenai perkembangan negara pada masa sekarang,” titah baginda.

Terdahulu, Muhyiddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Gambir menghadiri persidangan hari pertama Dewan Undangan Negeri Johor di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di Iskandar Puteri.

Persidangan itu dirasmikan oleh Sultan Ibrahim. – Bernama, 12 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen