Bursa turun ke paras terendah 9 bulan berikutan ketidaktentuan politik


Bursa Malaysia mencecah paras terendah sembilan bulan hari ini berikutan ketidaktentuan politik negara.– Gambar AFP, 4 Ogos, 2021.

BURSA Malaysia mencecah paras terendah sembilan bulan hari ini berikutan ketidakpastian mengenai kedudukan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.

Pada 11,30 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) 15.19 (1.01%) kepada 1,485.07 daripada 1,500.26 semasa ditutup semalam.

Indeks dibuka rendah 2.98 mata kepada 1,497.28.

Suasana pasaran secara keseluruhannya negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 391 berbanding 63, manakala 201 kaunter tidak berubah sementara itu 1,537 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Antara saham paling aktif hari ini ialah ASB yang memperoleh RM0.005 pada jumlah 77.7 juta diikuti oleh Seal (+ RM0.07) pada 44.6 juta diperdagangkan. Harga terakhir yang diperdagangkan untuk ASB dan Seal masing-masing adalah RM0.17 dan RM0.46.

Untung tertinggi adalah Genetec (+ RM0.30) sementara yang paling susut adalah Nestle (-RM1.10) kepada RM132.60.

Muhyiddin mengadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pagi ini berikutan kehilangan sokongan majoriti semalam.

Terdahulu hari ini pegawai tertinggi kerajaan turut mengadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara. – 4 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen