Adham Baba lanjutkan Perintah Kesihatan


Menteri Kesihatan Dr Adham Baba telah menandatangani warta melanjutkan lagi Perintah Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit berkaitan dengan kawalan pergerakan hingga 31 Disember 2021. – Gambar fail The Malaysian Insight, 26 Julai, 2021.

PERATURAN Kesihatan berkaitan dengan perintah kawalan pergerakan (PKP) telah dilanjutkan sampai 31 Desember 2021, menurut warta ditandatangani Menteri Kesihatan Dr Adham Baba.

“Perintah Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengisytiharan Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 [P.U. (A) 87/2020] yang telah dilanjutkan untuk jangka waktu dari 1 April 2021 hingga 1 Ogos 2021 oleh Perintah Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengisytiharan Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelanjutan Kuat Kuasa) 2021 [P.U. (A) 148/2021] telah dilanjutkan lagi dari 2 Ogos 2021 hingga 31 Desember 2021,” sebut warta itu.
 
Perintah tersebut merujuk kepada peraturan dan undang-undang di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketiga termasuk keluar dan masuk kawasan jangkitan, keadaaan dan sebab pergerakan, selain hukuman penalti terhadap mereka yang terlibat. – 26 Julai, 2021.


Bermula July 2018, akses bagi laporan penuh hanya untuk anda yang melanggan. Daftar sekarang dan nikmati satu (1) minggu akses percuma!

Langgan sekarang!


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen