19 kluster baharu Covid-19 dikesan 


Ragananthini Vethasalam

Kini terdapat 778 kluster aktif Covid-19 seluruh negara.– Gambar fail The Malaysian Insight. 15 Jun, 2021.

SEBANYAK 14 lagi kluster tempat kerja dikesan daripada 19 kluster baharu yang direkodkan hari ini, umum Kementerian Kesihatan.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihak berkuasa kesihatan turut mengesan empat kluster berkait dengan penularan komuniti dan satu melibatkan kumpulan berisiko tinggi.

14 kluster tempat kerja yang direkodkan hari ini ialah:

  1. Industri Balakong Baru 11 di Hulu Langat, Selangor - 61 kes 
  2. Industri Pulau Meranti di Sepang, Selangor - 57 kes
  3. Industri Jalan Berangan di Klang, Selangor - 74 kes
  4. Industri Meranti Jaya 13 di Sepang, Selangor - 81 kes
  5. Industri Jalan Serendah di Petaling, Selangor-24 kes
  6. Industri Perusahaan Dua Bangi di Hulu Langat dan Petaling, Selangor - 42 kes
  7. Jalan Keluli Lama di Johor Bahru, Johor - 12 kes
  8. Kasap di Segamat, Johor - 9 kes
  9. Dulang di Subis, Miri dan Bintulu, Sarawak - 39 kes
  10. Jalan Daya di Kuching, Sarawak - 27 kes
  11. Tingkat Perusahaan Empat di Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Utara, Pulau Pinang - 25 kes
  12. Industri Teknologi Cheng 28 di Melaka Tengah, Melaka - 27 kes
  13. Tapak Pembinaan Wangsa Kuarza - 14 kes
  14. Dah Industri Arang di Kuala Muda dan Sik, Kedah - 17 kes

Kluster ini dikesan di kilang, syarikat perkhidmatan dan perladangan.

Sementara itu, empat kluster komuniti adalah Nanga Sejugam (64 kes), Nanga Strass (29 kes), Kampung Kolong (44 kes) dan Desa Rajang (260 kes).

Desa Rajang dikesan di Titiwangsa Kuala Lumpur menerusi ujian saringan bersasar.

Tiga lagi kluster komuniti dikesan di Sarawak.

Kluster terakhir adalah Jalan Mesra yang merekodkan 25 kes melibatkan penduduk dan kakitangan rumah jagaan orang tua.

Kes berkait kluster ini dikesan di Titiwangsa, Kuala Lumpur dan Hulu Langat, Selangor.

Dr Noor Hisham juga berkata kini terdapat 778 kluster aktif seluruh negara. – 15 Jun, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen