40% PKS gulung tikar jika PKP lebih ketat dilaksanakan, kata persatuan


Laporan daripada dialog persatuan dengan ahli menunjukkan 91% PKS menjangkakan pendapatan perniagaan terjejas disebabkan PKP 3.0. – Gambar fail The Malaysian Insight, 20 Mei, 2021.

PERSATUAN SME Malaysia memberi amaran yang hampir 40% perusahaan kecil dan sederhana (PKS) akan gulung tikar sekiranya kerajaan melaksanakan satu lagu perintah sekatan pergerakan (PKP).

 “Ini akan membunuh serta merta semua perniagaan di seluruh negara,” kata presidennya Michael Kang dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata laporan awal daripada dialog persatuan dengan ahli menunjukkan 91% PKS menjangkakan pendapatan perniagaan terjejas oleh PKP 3.0, dengan 37.5% syarikat dijangka mengalami penurunan prestasi perniagaan lebih 50%.

Persatuan ini juga sedang menjalankan tinjauan di seluruh negara mengenai kesan PKP 3.0.

“Tinjauan ini juga menunjukkan 84.5% PKS akan terjejas oleh PKP 3.0. Sekiranya langkah yang sama dilaksanakan sepanjang PKP 1.0 dalam PKP 3.0, lebih d40% PKS akan mengalami masalah kewangan yang teruk dan 2 juta pekerjaan akan hilang,” tambah Kang.

Tinjauan itu juga mendapati 65% responden berkata moratorium pinjaman automatik perlu dilakukan, 88.5% bersetuju prestasi perniagaan akan terjejas dengan ketara sekiranya Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan ditangguhkan, dan 50.4% menginginkan program imunisasi diswastakan.

Kang berkata dapatan utama dalam tinjauan tersebut adalah 95.8% menggesa agar kerajaan memperuntukkan lebih banyak insentif untuk membantu PKS secepat mungkin.

Terdapat desakan agar kerajaan melaksanakan PKP lebih ketat untuk membendung lonjakan kes Covid-19.

Pada masa ini, negara berada di bawah PKP 3.0 tetapi sektor ekonomi dibenarkan berfungsi di bawah prosedur operasi standard yang ketat. – 20 Mei, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen