Tiada usul tidak percaya terhadap kerajaan jika Parlimen bersidang, kata Kit Siang


Veteran DAP Lim Kit Siang berkata jika Parlimen bersidang semula, fokusnya ialah melawan Covid-19, tidak ada usul undi tidak percaya terhadap PM dan PN. – Gambar fail The Malaysian Insight, 16 Mei, 2021.

TIDAK akan ada usul undi tidak percaya terhadap kerajaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin jika Parlimen kembali bersidang bagi membentuk perpaduan dalam memerangi Covid-19, kata veteran DAP Lim Kit Siang.

“Kerajaan Muhyiddin berdepan krisis nasional, di mana ia tidak ada keperyaan dan keyakinan rakyat untuk mengetuai, mengendali dan menyelesaikannya.

“Pembangkang bersedia untuk membentuk barisan Parlimen yang bersatu bersama kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk melawan Covid-19; Parlimen bersidang, tiada usul undi tidak percaya dan ia dapat menggerakkan rakyat Malaysia untuk mengembalikan negara ini kembali normal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata PN sepatutnya mempertimbangkan perkara itu kerana ia sudah hilang kepercayaan dan keyakinan rakyat.

“Kerajaan Muhyiddin tidak dapat jadi ketua kerana rakyat sudah hilang percaya dan keyakinan.”

Lim berkata Malaysia merekodkan peningkatan kes harian lebih 4,000 kes baharu Covid-19 sepanjang minggu lalu dengan 144 kematian.

Semalam, Malaysia merekodkan 44 kematian, paling teruk sejak pandemik bermula. – 16 Mei, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen