Pengguna media sosial gesa rakyat Malaysia mainkan peranan perangi Covid-19


Orang ramai tetap berkunjung ke pusat membeli-belah di Bukit Bintang, Kuala Lumpur walaupun kerajaan melaksanakan PKP. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 15 Mei, 2021.

KETIKA sebilangan pengguna media sosial menyalahkan kerana gagal menangani pandemik Covid-19 dengan lebih baik, ada pula yang menggesa rakyat Malaysia melihat kesilapan sendiri kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Ini adalah reaksi mereka terhadap hantaran Kementerian Kesihatan mengenai situasi di unit rawatan rapi (ICU) di hospital awam susulan jumlah jangkitan yang tinggi.

Aisyah Fadir berkata masih ada yang merentas negeri dengan kereta atau kereta api, walaupun terdapat larangan perjalanan antara negeri.

Mempersoalkan perkara itu, Aisyah mengecam mereka yang melakukan perjalanan dari negeri yang mempunyai jangkitan tinggi ke negeri lain dengan kes lebih sedikit.

Sementara itu, Nurfazilla Firdaus Deng menggesa rakyat merenungkan perbuatan sendiri dan bukannya menyalahkan kerajaan.

“Bagi mereka yang merungut berkata kerajaan gagal, lihat diri anda terlebih dahulu sama ada patut SOP atau tidak.

“Kerajaan ada salah tetapi peranan utama (dalam memerangi Covid-19) adalah rakyat. Mereka memainkan peranan penting dalam memerangi Covid, dan bukan hanya menuding jari kepada kerajaan sahaja,” katanya.

“Sebagai contoh, walaupun kerajaan membenarkan pusat membeli-belah dibuka, anda memenuhinya dengan anak-anak ... walaupun kerajaan mengizinkan merentas negeri, tidak perlu pergi ke sana sini. Setiap orang mempunyai otak dan mereka boleh berfikir,” tambahnya.

Bagaimanapun, Khairul Azhar memberikan respons sarkastik kepada Nurfazilla dengan berkata: “Ya, ini adalah kesalahan rakyat. Sebelum ini, kes menurun kepada satu digit. Tetapi sebaik sahaja pilihan raya diadakan di Sabah, jumlahnya meningkat. Ya, ini adalah kesalahan rakyat.”

Sementara itu, Marina Ibrahim berkata rakyat tidak boleh dipersalahkan kerana degil kerana menteri juga sama.

“Jangan salahkan rakyat kerana degil. Menteri-menteri yang mentadbir negara juga degil dan tidak memberi contoh yang baik. Ibarat ketam mengajar anaknya,” kata beliau. – 15 Mei, 2021.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Main salah-menyalah pulak...

    Dimuat naik 2 tahun yang lalu oleh Jason Varughese · Ulasan