Malaysia catat 4,855 kes baharu Covid-19


Ragananthini Vethasalam

Seorang lelaki menjalani ujian saringan Covid-19 di Pandan. Malaysia terus mencatatkan kes baharu Covid-19 lebih 4,000 kes buat hari kedua berturut-turut. – Gambar fail The Malaysian Insight, 13 Mei, 2021.

MALAYSIA terus mencatatkan kes baharu Covid-19 di tahap membimbangkan apabila 4,855 penularan baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Angka itu merupakan keempat tertinggi sejak pandemik itu melanda negara pada tahun lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes baharu itu menjadikan keseluruhan kes kini berjumlah 458,077.

Selangor masih kekal negeri paling tinggi mencatatkan kes dengan 1,783 penularan baru disusuli Kuala Lumpur (521) dan Johor (467). 

Sarawak dan Pulau Pinang masing-masing mencatatkan 395 kes diikuti Kelantan (339), Perak (302), Kedah (193), Terengganu (148), Negeri Sembilan (100), Sabah (76), Melaka (67), Pahang (56), Putrajaya (sembilan) dan Labuan (empat) manakala tiada kes di Perlis.

Hanya tiga kes import direkodkan manakala selebihnya merupakan  kes penularan tempatan.

Dr Noor Hisham berkata kes aktif kini meningkat kepada 41,482 berbanding semalam 40,101.

Bagi kes pulih, sebanyak 3,347 sembuh daripada wabak itu menjadikan keseluruhan kes sembuh 414,707. β€“ 13 Mei, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen