WHO lulus penggunaan kecemasan Sinopharm


Sinopharm yang dibangunkan China adalah vaksin keenam yang menerima kelulusan WHO berdasarkan keselamatan, keberkesanan dan kualiti.– Gambar AFP, 8 Mei, 2021.

PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) meluluskan penggunaan kecemasan vaksin Covid-19 Sinopharm yang dibangunkan China.

Dengan itu, Sinopharm menyertai vaksin lain yang diluluskan WHO iaitu Pfizer-BioNTech, Moderna, Johnson & Johnson dan AstraZeneca yang dihasilkan masing-masing di India dan Korea Selatan.

“Petang ini, WHO beri kelulusan kecemasan kepada vaksin Sinopharm buatan Beijing, menjadikan ia vaksin keenam yang menerima kelulusan WHO berdasarkan keselamatan, keberkesanan dan kualiti.

“Kumpulan Pakar Penasihat Strategi mengenai Imunisasi (SAGE) juga telah menilai data yang diperolehi, dan mengesyorkan vaksin tersebut diberi kepada individu berusi 18 tahun ke atas dengan dua dos,” kata Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus pada sidang media semalam.

Kelulusan dari pertubuhan itu sekali gus membolehkan negara-negara di seluruh dunia segera melulus dan mengimport vaskin Sinopharm, tambah Tedros. – AFP, 8 Mei, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen