3,551 kes baharu Covid-19, Selangor tertinggi


Ragananthini Vethasalam

Jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Malaysia kini meningkat kepada 427,927. – Gambar EPA, 6 Mei, 2021.

MALAYSIA mencatat 3,551 kes baharu Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 427,927.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata Selangor masih merekod angka harian tertinggi dengan 1,137 kes.

Ini diikuti Kuala Lumpur dengan 477 kes, kemudian Sarawak sebanyak 391 kes.

Dr Noor Hisham juga berkata seramai 354 pesakit Covid-19 dirawat di unit rawatan rapi dengan 199 daripada mereka memerlukan bantuan pernafasan.

Kes aktif pula meningkat kepada 33,762 kes berbanding 32,939 yang direkodkan semalam.

Sementara itu, daripada 3,551 kes baharu yang dilaporkan hari ini, 16 ialah kes import manakala selebihnya kes penularan tempatan.

Bagi kes pulih, seramai 2,709 pesakit disahkan sembuh dari jangkitan Covid-19, kata Dr Noor Hisham.

Sebanyak 19 kematian dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kini 1610. – 6 Mei, 2021. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen