20 kluster baharu Covid-19 dikesan hari ini


Ragananthini Vethasalam

Kementerian Kesihatan melaorkan 20 kluster baharu Covid-19 hari ini dengan kluster tempat kerja terbanyak dalam senarai. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 5 Mei, 2021.

KEMENTERIAN Kesihatan hari ini melaporkan 20 kluster baharu Covid-19, jumlah tertinggi dikesan dalam satu hari.

Jumlah kluster tertinggi yang dilaporkan sebelum ini ialah 19 iaitu pada 16 Februari.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster tempat kerja antara kluster terbanyak dalam senarai.

Lapan kluster tempat kerja yang dilaporkan adalah:

* Kampung Padang Lalang di Pasir Mas Kelantan- 15 kes

* Jalan Sawit di Sarikei, Sarawak - 18 kes

* Tanjong Kibong di Sibu, Sarawak - 35 kes

* Sri Manjalara di Kepong, Kuala Lumpur - 6 kes

* Persiaran Layar Perak di Johor Bahru, Johor - 13 kes

* Taman Pertama di Manjung, Kinta dan Perak Tengah di Perak - 10 kes

* Kopitiam Machap Baru di Alor Gajah dan Jasin, Melaka - 20 kes

* Mutiara Bentong di Bentong dan Temerloh, Pahang - 15 kes

Kluster tersebut dikesan di kilang, restoran, premis perniagaan, pejabat pentadbiran awam dan syarikat perkhidmatan.

Selain itu terdapat juga kluster jangkitan komuniti di mana lima daripadanya dikesan daripada pesakit indeks simptomatik.

Kluster komuniti yang dilaporkan adalah:

* Paya Ular di Pasir Mas, Kelantan - 41 kes

* Sungai Mas di Bintulu, Sarawak - 53 kes

* Mongkos di Kuching dan Tepedu, Sarawak - 23 kes

* Jalan Dato Onn di Kota Tinggi, Johor - 9 kes

* Tanah Putih Baru di Kuantan, Pahang - 26 kes

* Mahkota Height di Kuantan, Pahang - 11 kes

Sementara itu Taman Medan di Petaling, Selangor (27 kes), Jalan Yaacob Latif di Cheras, Kuala Lumpur (6), Persiaran Setia Prima di Petaling dan Klang, Selangor (27 kes) dan Jalan Kukup di Pontian, Johor (lima kes) merangkumi senarai kluster pendidikan.

Melengkapkan senarai kluster adalah Seruling 12 yang merupakan kluster dengan 12 kes di Hulu Selangor dan Jalan Damai Bakti di Kuala Lumpur yang melaporkan 20 kes.

Kedua-dua kluster ini dikaitkan dengan aktiviti keagamaan.

Dr Noor Hisham juga mengumumkan penamatan 14 kluster menjadikan jumlah kluster aktif di negara ini kini berjumlah 411 kluster. β€“ 5 Mei, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen