TUJUH daripada 17 kluster baharu Covid-19 hari ini adalah daripada penularan komuniti, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Empat daripada tujuh kluster komunit berkait dengan kes indeks bergejala.
Tujuh kluster dikesan di Sarawak (2), Johor (2), Kelantan (1), Kedah (1) dan Labuan (1).
Kluster komuniti yang menyumbang kes jangkitan terbanyak hari ini adalah kluster Batu 25 yang merebak ke Bintulu dan Sebauh di Sarawak dengan 98 kes.
Enam lagi kluster komuniti yang dikesan hari ini adalah:
1. Bungey di Betong -12 kes
2. Tangkis Selatan di Tangkak, Muar, dan Segamat, Johor -11 kes
3. Jalan Surian di Kota Tinggi - 8 kes
4. Batu 30 di Machang, Kelantan - 30 kes
5. Jerai Maju di Kuala Muda, Kedah - 9 kes
6. Layangan Labuan di Labuan-12 kes
Kluster baharu melibatkan lima daripada tempat kerja dan empat di sektor pendidikan.
Lima kluster tempat kerja adalah:
1. Taming Jaya di Hulu Selangor, melibatkan pekerja sebuah kilang - 43 kes.
2. Medini Central di Johor Bahru, melibatkan pekerja sebuah kilang - 9 kes.
3. Jalan Kweng Hitam di Machang, Kelantan, melibatkan kakitangan pejabat pentadbiran awam - 14 kes.
4. Jalan Yahya 2 di Titiwangsa, Kuala Lumpur, melibatkan sebuah pusat latihan - 14 kes.
5. Jalan Besar Sungai Jawi di Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan, di Pulau Pinang, melibatkan pekerja sebuah kilang - 29 cases.
Empat kluster pendidikan hari ini adalah:
1. Dah Kilometer Tujuh di Baling, Kedah -13 kes
2. Lubuk Katak di Batang Padang, Perak, - 24 kes
3. D’Kuala di Papar, Sabah - 16 kes.
4. Jalan Ungku Abdul Aziz di Kota Tinggi, Johor - 22 kes.
Daripada empat kluster berkenaan, kluster sekolah hanya D’ Kuala di Sabah.
Kluster ke 17 dan yang terakhir hari ini adalah kluster Sri Lambak dengan 13 kes di Kluang, Johor melibatkan aktiviti keagamaan.
Sepuluh lagi kluster diumumkan tamat, menjadikan jumlah kluster aktif di negara ini 405.– 4 Mei, 2021.
Komen