Selangor catat kes tertinggi Covid-19, kes keseluruhan melepasi 3,000 


Ragananthini Vethasalam

Selangor merekodkan kes tertinggi dengan 675 kes, diikuti Sarawak dann Kuala Lumpur masing-masing 620 dan 408 kes.– Gambar fail The Malaysian Insight, 4 Mei, 2021.

MALAYSIA merekodkan 3,120 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, yang mana Selangor sekali lagi mencatatkan jumlah kes jangkitan tertinggi. 

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini kepada 420,632. 

Selangor mendahului dengan 675 kes, diikuti Sarawak dann Kuala Lumpur masing-masing 620 dan 408 kes.

Kes aktif terus meningkat kepada 31,516 berbanding 30,753 semalam.

Hanya enam kes import direkod hari ini manakala selebihnya adalah penularan tempatan. 

Noor Hisham juga berkata 2,334 pesakit pulih, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih kepada 387,542.– 4 Mei, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen