Liew kekal pengerusi DAP Johor


Liew Chin Tong mengekalkan kedudukannya sebagai pengerusi DAP Johor dalam sesi pemilihan parti itu yang menyaksikan pasukannya menang 10 daripada 15 kerusi jawatankuasa. – Gambar fail The Malaysian Insight, 2 Mei, 2021.

LIEW Chin Tong mengekalkan kedudukannya sebagai pengerusi DAP Johor dalam sesi pemilihan parti itu yang menyaksikan pasukannya menang 10 daripada 15 kerusi jawatankuasa.

Bekas timbalan menteri pertahanan itu mengekalkan jawatan itu untuk empat penggal berturut-turut. 

Kovensyen Tahunan DAP Johor yang berlangsung di Batu Pahat itu turut menyaksikan Teo Nie Ching kekal sebagai timbalan pengerusi DAP Johor.

Manakala bagi Naib Pengerusi Negeri, perwakilan memilih muka baharu iaitu Sheikh Umar Bagharib Ali dan mengekalkan S. Ramakrishnan.

Sementara itu, Adun Skudai, Tan Hong Pin - yang didakwa pencabar Liew - gagal dalam persaingan apabila hanya menduduki tempat ke-16. Tan telah menafikan merancang untuk melawan Liew.

Liew menduduki tempat ketiga dalam pemilihan parti, manakala Ahli Parlimen Bakri Yeo Bee Yin memperoleh undi terbanyak.

Seorang lagi pesaing Liew - Dr Boo Cheng Hau - juga dipilih semula ke jawatankuasa negeri. – 2 Mei, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen