2,875 kes baharu Covid-19 hari ini, 7 kematian


MALAYSIA mencatatkan 2,875 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam terakhir menjadikan jumlah kes positif kepada 384,688, kata Dr Noor Hisham Abdullah.

Ini adalah hari kelapan berturut-turut jangkitan harian melaporkan lebih 2,000 kes.

Jumlah kes harian kekal empat digit dan meningkat dalam seminggu terakhir, walaupun negara kini berada dalam keadaan darurat selama 100 hari sejak 12 Januari lalu.

Darurat dilaksanakan bagi membendung penyebaran virus.

Ketua Pengarah Kesihatan juga berkata dalam satu kenyataan bahawa sebanyak tujuh kematian baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kematian keseluruhan seramai 1,407 orang.

Kelantan hari ini mencatatkan jumlah kes baharu tertinggi dengan 662 diikuti oleh Selangor (633), Sarawak (474) dan Kuala Lumpur (332).

Seramai 2,541 pesakit pulih dalam tempoh 24 jam terakhir menjadikan jumlah kes pulih sebanyak 361,267.

Pada masa sama, seramai 248 pesakit diletakkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 115 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Terdapat 22,014 kes aktif sehingga hari ini. – 22 April, 2021.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen