Vaksin Coronavac 80% berkesan cegah kematian


Vaksin Coronavac dihasilkan firma China, Sinovac mendominasi 86.9% kempen imunisasi di Chile dan selebihnya akan diberikan suntikan Pfizer/BioNtech. – Gambar EPA, 17 April, 2021.

VAKSIN Coronavac buatan China berkesan sehingga 67% untuk mencegah kes Covid-19 tanpa simpom dan 80% bagi mengelak kematian.

Hasil kajian itu dikeluarkan menerusi bukti data kempen inokulasi di Chile, semalam.

Menteri Kesihatan Enrique Paris berkata data sepanjang Februari dan Mac lalu ketika Chile melaksanakan program vaksinasi itu seharusnya menenangkan semua negara.

Data itu diperoleh hasil diambil perbandingan antara mereka yang divaksin sepenuhnya, divaksin dengan hanya satu dos dan tidak divaksin, membabitkan jumlah keseluruhannya 10.5 juta sampel.

Kajian juga menunjukkan pemberian vaksin 85% berkesan dalam menghalang rawatan di hospital akibat simptom serius dan 89% mencegah kemasukan ke rawatan rapi.

Chile ketika ini mahu menyuntik vaksin sebanyak 80% atau 15.2 juta penduduk negara itu dan ia dilihat paling maju di Amerika Latin, malah kempen inokulasinya antara yang paling pesat berkembang di dunia.

Jumaat lalu, Chile berjaya memberikan sekurang-kurang satu dos vaksin kepada 7.6 juta rakyatnya dan kedua-dua dos pula kepada lima juta penduduk iaitu satu pertiga penduduk yang disasarkan di negara itu.

Kempen imunisasi Chile bermula pada sambutan Krismas lalu, didahului dengan petugas kesihatan, disusuli golongan berusia.

Vaksin Coronavac dihasilkan firma China, Sinovac mendominasi 86.9% kempen imunisasi di Chile dan selebihnya akan diberikan suntikan Pfizer/BioNtech. – AFP, 17 April, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen