Kanada beri status penduduk tetap kepada pelajar asing


Kanada beri status penduduk tetap kepada lebih 90,000 pelajar dan pekerja warga asing yang membantu merawat pesakit ketika pandemik. – Gambar EPA, 15 April, 2021.

KANADA akan memberikan status penduduk tetap kepada lebih 90,000 pelajar dan pekerja warga asing yang membantu merawat pesakit ketika pandemik, kata menteri imigresen.

Program itu yang berkuatkuasa dari 6 Mei dikhaskan untuk pekerja yang sekurang-kurangnya mempunyai setahun pengalaman dalam penjagaan kesihatan atau berpuluh lagi sektor lain yang dianggap penting – dari juruwang kedai runcit, penjaga stor kedai runcit, hingga kepada pemandu trak dan pekerja ladang – selain graduan yang baru tamat ijazah, dalam tempoh empat tahun lalu.

Menteri Imigresen Marco Mendicino berkata langkah itu akan dapat membantu Kanada mencapai sasarannya mengalu-alukan lebih 400,000 imigran tahun ini, sebagai gentian kepada penurunan penghijrahan tahun lalu apabila sempadan ditutup.

“Pandemik memberi sinar kepada sumbangan warga baharu.

“Dasar baharu ini akan membantu mereka yang mempunyai status sementara untuk merancang masa depan di kanada, memainkan peranan penting dalam pemulihan ekonomi dan membantu kita kembali menjadi baik.

“Status anda mungkin sementara, tetapi sumbangan ada kekal selamanya – dan kami mahu anda di sini.” – AFP, 15 April, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen